26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai – MPM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan pada 1 Julai ini mulai pukul 12 tengah hari.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata, semua calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui beberapa kaedah.

Kenyataan MPM itu berkata, kaedah pertama, semakan keputusan penuh (slip peperiksaan) secara dalam talian boleh diperoleh menerusi http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada tarikh dan mulai masa tersebut.

Selain itu, calon juga membuat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ringkasan keputusan dengan menaip STPM <jarak> No. Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai mulai pukul 11 pagi sehingga 9 Julai 12 tengah hari.

“Keputusan akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai 11 pagi (bag calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM),” katanya kenyataan itu hari ini.

MPM berkata, bagi calon-calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Daerah atau pihak sekolah akan mengenal pasti calon berkenaan dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mereka mendapatkan keputusan masing-masing.

Peperiksaan STPM tersebut yang sepatutnya dilaksanakan pada November 2020 tetapi ditunda kepada Mac 2021 berikutan pandemik Covid-19.

Sebanyak 47,008 calon STPM menduduki peperiksaan tersebut. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan