26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Keputusan STPM 2021 diumumkan 18 Ogos ini – KPM

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada Khamis depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada Khamis depan.

Menurutnya, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 melalui kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021.

Advertisements

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11.00 pagi pada tarikh itu sehingga pukul 12.00 tengah hari pada 28 Ogos (Ahad) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

“(Calon juga) boleh menggunakan kaedah secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpm mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh sama,” katanya hari ini. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan