27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Trinidad & Tobago uji Harimau Malaya di Chiang Mai

Mesti Baca

TRINIDAD & TOBAGO menjadi pasukan terakhir yang akan menguji skuad Harimau Malaya dalam saingan antarabangsa empat penjuru di Chiang Mai, Thailand bulan depan.

Selain tuan rumah Thailand, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu juga bakal diuji oleh Tajikistan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 itu bermula 20 hingga 26 September.

Berbanding Malaysia yang kini di ranking ke-147 dunia, tiga pasukan tersebut berada pada kedudukan lebih tinggi dalam Ranking FIFA dengan Thailand di kedudukan ke-111, Tajikistan ke-108 dan Trinidad & Tobago ke-101 dunia.

Inilah kali pertama Harimau Malaya berdean dengan pasukan dari benua Amerika Tengah itu.

Bagi Pan Gon, peluang berdepan pasukan-pasukan yang lebih baik dan berada pada kedudukan ranking lebih atas itu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau dan anak-anak buahnya untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti permainan skuad Harimau Malaya.

Baca juga:   Tiada aktiviti pembalakan dikesan di Hutan Simpan Lentang

“Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023 pada Jun lalu, kita perlu terus fokus dan memandang ke hadapan dengan permulaan dua perlawanan antarabangsa pada September ini, seterusnya Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Disember untuk perjalanan persiapan bagi menghadapi Piala Asia, tahun depan.

“Selain mahu mendapatkan keputusan positif daripada dua perlawanan di Chiang Mai nanti, saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkemaskan lagi corak dan filosopi permainan ke tahap yang lebih baik dan sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Tiada aktiviti pembalakan dikesan di Hutan Simpan Lentang

Berdasarkan format perlawanan membabitkan empat pasukan ini iaitu secara kalah mati, dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung.

Seterusnya, dua pasukan yang menang akan bertemu pada final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga.

Perlawanan antarabangsa anjuran Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) ini akan diadakan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai.

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan