36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Beri moratorium pinjaman secara automatik – Armada

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sayap parti Bersatu, Armada hari ini menggesa kerajaan memberikan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Pengerusi Biro Kewangan Armada Nasional, Syafiq Ir. Mohd Zin berkata, langkah itu hendaklah dilaksanakan sehingga 31 Disember atau mencapai imuniti kelompok.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Armada Bersatu berbesar hati dengan kenyataan beberapa menteri utama yang memberikan gambaran awal bahawa komitmen kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menambah baik pakej bantuan sedia ada dengan pakej rangsangan ekonomi tambahan.

SYAFIQ MOHD ZIN

Di samping tekal menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat, Armada berpendapat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini adalah ‘jalan keluar’ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah ataupun pembangkang.

Armada ingin kembali mengulangi tekad dan saranan Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal yang pernah mencadangkan agar Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ke atas semua jenis pinjaman menyeluruh.

Armada turut mencadangkan Moratorium Pinjaman Automatik diperluaskan merangkumi sektor Pinjaman Berlesen; Penjualan Secara Kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, PTPTN dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah; serta segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Armada percaya dengan pelaksanaan Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ini mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik Covid-19 dan menjayakan inisiatif kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan