28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

MPN cadang kerajaan beri moratorium khas kepada PMKS

Sektor berkenaan masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah pula dengan peningkatan OPR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana sektor berkenaan masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah pula dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi selain mengambil masa lebih lama untuk pulih.

“Sepertimana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian.

“Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Muhyiddin lagi, sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara.

Baca juga:   Situasi COVID-19 Malaysia masih belum stabil

Menurutnya, ramai rakyat yang bergantung kepada sektor ini untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan.

“Hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor berkenaan.

“Saya harap cadangan ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” katanya.

Khamis lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ini adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut pada tahun ini yang mana pada bulan Julai, kadar penanda aras pinjaman dan simpanan itu dinaikkan kepada 2.25 peratus, 2.00 peratus pada bulan Mei dan pada bulan Mac, ia berada pada kadar terendah iaitu 1.75 peratus setahun.

Baca juga:   Kerajaan pertimbang buka sempadan negara secara selamat

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN selama 2 hari bermula hari ini

PERIKATAN Nasional (PN) kini sedang mengadakan Pemukiman Ahli-ahli Dewan Rakyat PN selama dua hari, bermula hari ini. Ketua Pembangkang merangkap...

Lagi Artikel Berkaitan