26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Jinq En pecah rekod kebangsaan di Olimpik Tokyo

Mesti Baca

TIADA apa yang dapat digambarkan melainkan rasa gembira kerana dapat memecahkan rekod kebangsaan milik peribadi dalam temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Tokyo 2020.

Itulah yang dirasai oleh perenang wanita negara, Phee Jinq En yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada saringan dua di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Jinq En, 23, menamatkan saingan di tempat kedua saringan dua dengan catatan masa satu minit 08.40 saat (s) sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 100m kuak dada, 1:08.50s yang dilakukannya pada Sukan SEA Manila 2019.

Tempat pertama saringan dua itu dimenangi perenang Slovakia, Andrea Podmanikova dengan catatan masa 1:08.36s.

Advertisements

Bagaimanapun, Jinq En gagal menempatkan diri dalam kelompok 16 catatan masa terbaik daripada enam peringkat saringan untuk mara ke separuh akhir esok.

Jinq En ketika ditemu bual Astro Arena menyatakan rasa gembiranya dapat melakukan renangan terbaik, sekaligus mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu dalam acara tersebut.

Katanya, dia telah berusaha sebaik mungkin dan berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Sementara itu, perenang lelaki negara, Welson Sim juga mengalami nasib sama apabila sekadar menempatkan diri pada tempat ke-36 daripada 39 peserta untuk acara 200m gaya bebas.

Ia selepas Welson sekadar mencatat masa 1:49.24s untuk menduduki tempat ketujuh daripada lapan peserta dalam saringan dua sebentar tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan