26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Jadikan Aidiladha perayaan terakhir dalam situasi pandemik

Mesti Baca

CYBERJAYA – Masyarakat perlu menjadikan Hari Raya Korban atau Aidiladha tahun ini sebagai perayaan terakhir dalam situasi pandemik COVID-19, kata pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata, kali ini masyarakat perlu berkorban dengan bersungguh-sungguh mahu memutuskan rantaian wabak COVID-19 habis-habisan.

“Dengan bantuan pengambilan vaksin yang disasarkan mampu mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini, kita boleh kembali hidup seperti sedia kala selepas ini.

“Bagaimanapun untuk menikmati kembali kehidupan sedemikian, kita perlu mempunyai disiplin tinggi, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan terutama mengenai larangan merentas daerah atau negeri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rentas daerah dan negeri yang tinggi khususnya ketika musim perayaan Aidiladha.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, jadikanlah Hari Raya Korban yang bakal tiba ini perayaan terakhir kita bersedih ekoran pandemik COVID-19 dan tahun hadapan kita mampu beraya dengan gembira.

Beliau berkata, janganlah pentingkan diri kerana ingin seronok beraya ada yang menggunakan segala alasan untuk balik kampung, seterusnya membawa balik virus COVID-19 kepada ibu bapa.

Katanya, banyak kes positif di kampung pada Hari Raya Aidilfitri lalu terjadi kerana ada segelintir masyarakat yang ingkar SOP dan tetap mahu pulang berhari raya.

“Ambil iktibar dengan insiden sebelum ini yang menyebabkan penularan kes dan wujudnya 21 kluster dalam komuniti akibat rentas negeri.

“Larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan masih lagi berkuat kuasa, justeru janganlah adakan keraian, keramaian dan kenduri,” katanya. – EDISI 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan