32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

4.43 juta individu terima dos kedua vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 4.43 juta individu di Malaysia sudah menerima dos kedua sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam. 

Menerusi data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), secara keseluruhannya, jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 17 Julai 2021 ialah 14,002,324 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang menerima dos pertama semalam adalah sebanyak 9,570,974 orang. 

“Daripada jumlah itu, 4,431,350 individu telah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini. 

Jelasnya, semalam sahaja, sebanyak 380,440 dos pemberian vaksin harian COVID-19 diberikan kepada penduduk di negara ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 253,830 dos pertama manakala, individu yang menerima dos kedua seramai 126,610 orang,”katanya.

Berdasarkan laporan harian pemberian vaksin COVID-19 semalam,lima negeri mencatatkan pemberian kedua-dua dos vaksin tertinggi terdiri, Selangor dengan 110,661 dos diikuti Sarawak (64,573 dos), Kuala Lumpur (64,097 dos), Johor (22,190 dos) dan Pulau Pinang (19,168 dos).

Gabungan liputan sekitar Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga terus mencatatkan peningkatan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama dan telah diberikan kepada penerima iaitu sebanyak 3,752, 686 dos bersamaan 60.9 peratus. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan