25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

FBK UPSI anjur persidangan bincang prospek bahasa Melayu

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu kali ke-7 2021 (PABMVII 2021) secara hibrid pada 13 dan 14 September ini.

Pengerusi Persidangan, Prof Madya Dr Mohd Rashid Md Idris berkata, inisiatif itu adalah selaras dengan gagasan memastikan bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa yang berwibawa dalam menyampaikan isi pemikiran dan mencerminkan intelektual bangsa.

Menurut beliau, sebagai bahasa yang mempunyai keindahan yang diiktiraf sejarah, usaha memastikan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa yang berperadaban tinggi perlu diteruskan.

“Sesuatu bahasa akan menjadi lebih unggul apabila dikaitkan dengan peradaban besar melalui kerjasama dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

persidangan Mohd Rashid Mohd Idris
MOHD RASHID MOHD IDRIS

Mohd Rashid menambah, persidangan yang akan dirasmikan Duta Besar Malaysia di Turki itu bakal diadakan dengan kerjasama Universiti Ibnu Haldun, Istanbul, Turki.

Beliau memberitahu, penyertaan persidangan terbuka kepada pensyarah universiti awam dan institut pendidikan guru serta pelajar pascasiswazah di seluruh negara.

Advertisements

“Persidangan kali ini mengetengahkan tema ‘Pengajian Melayu Masyarakat Supradiversiti’ manakala subtemanya adalah ‘Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Serumpun, Pendidikan, Seni dan Budaya, Perbandingan Bahasa, dan Ketamadunan’.

“Semua pembentangan akan dijalankan secara hibrid (dalam talian) manakala perasmian hanya membabitkan kehadiran sebilangan kecil dari tetamu pengurusan tertinggi universiti serta Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi,” jelasnya.

persidangan UPSI
Sebahagian peserta yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu di Scholar’s Suites, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada 2019. – Gambar hiasan: UPSI

Mohd Rashid berkata, kertas kerja yang diterima akan diterbitkan dalam e-prosiding dan urus setia juga akan usahakan penerbitan untuk .e-prosiding scopus dan artikel scorpus walaupun ditentukan oleh pihak konsultan yang dipilih oleh pihak JBKM dan editorial jurnal berkenaan.

Tarikh akhir penerimaan abstrak 17 Julai 2021, tarikh pengesahan abstrak 20 Julai 2021, manakala tarikh akhir penerimaan kertas kerja 10 Ogos 2021.

Maklumat lanjut persidangan boleh menghubungi Urus Setia Persidangan di talian 019-6329577 (Dr Nur Farahkhanna) atau 019-6323903 (Dr Zuraini) atau melalui e-mel [email protected]. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan