26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Doktor kontrak sertai hartal tidak kena tindakan disiplin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Tindakan disiplin tidak akan diambil ke atas semua doktor kontrak yang menyertai mogok dan protes anjuran Gerakan Hartal Doktor Kontrak, semalam.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ketika menggulung perbahasan tentang Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 dalam sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, semua doktor kontrak yang menyertai perhimpunan berhak melakukan tindakan sedemikian.

“Berkaitan doktor kontrak, mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

“Tiada tindakan akan dikenakan ke atas mereka walaupun mereka keluar untuk demonstrasi.

“Kita tidak akan ambil tindakan, mereka berhak menyertai perhimpunan berkenaan,” katanya.

Kelancaran sesi penggulungan tersebut terganggu berikutan sikap wakil-wakil pembangkang yang berterusan mencelah bagi mendesak Dr Adham menjawab soalan-soalan mereka.

Situasi menjadi panas apabila wakil-wakil pembangkang mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Dr Adham khususnya dari segi pemberian vaksin dan isu doktor kontrak.

Advertisements

Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kerana berterusan mendesak Dr Adham agar tidak mengambil tindakan terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal.

“Menteri sudah menjawab. Itulah masalah YB tak dengar apabila menteri menjawab. Lain kali dengarlah apa menteri jawab,” kata Mohd Rashid.

Dr Adham turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang langkah-langkah diambil kerajaan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh doktor kontrak.

Pada masa yang sama, beliau berjanji akan membawa perkara itu ke Parlimen bagi membantu semua doktor kontrak terbabit dapat diserap ke perjawatan tetap.

“Semua doktor kontrak dapat lanjutan dua tahun, mereka ‘housemanship’ tiga tahun, dua tahun khidmat wajib, tambah lagi dua tahun.

“Jadi dalam masa dua tahun saya berjanji akan bawa ke Parlimen untuk kita bantu mereka diserap ke perjawatan tetap dan kita minta semua YB menyokong supaya semua doktor kontrak dalam KKM akan diberikan jawatan tetap,” jelasnya.

Dr Adham menambah, usaha itu memerlukan pindaan Akta Pencen 1990 dan Akta Perubatan 1971 di Parlimen. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan