24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

521,923 dos, rekod vaksinasi harian tertinggi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah vaksinasi harian negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 521,923 dos.

Sebelum ini, jumlah vaksinasi harian tertinggi yang direkodkan adalah 507,050 dos pada 22 Julai lalu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama, manakala 188,302 diberi dos kedua.

vaksinasi harian tertinggi
Pemberian vaksin di seluruh negara mencatatkan rekod tertinggi semalam.

Setakat ini sebanyak 4,967,772 dos pertama diberikan di Lembah Klang, disusuli Sarawak dengan 1,668,577 dos, Johor (922,551), Perak (683,775), Sabah (672,199) dan Pulau Pinang (652,022).

JKJAV memaklumkan, bagi dos kedua, sebanyak 1,737,352 dos diberikan di Lembah Klang, Sarawak (1,171,172), Johor (402,777), Sabah (381,205) dan Perak (378,888).

Sehingga kini, kira-kira 51.8 peratus populasi dewasa negara mendapat dos pertama atau 37.1 peratus populasi negara, manakala 24.4 peratus populasi dewasa menerima dos kedua (17.5 peratus populasi negara).

Baca juga:   Harga ayam tidak diapung, tarif elektrik, air kekal - PM

Sebanyak 90 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima dos pertama, manakala 76.8 peratus populasi dewasa sudah menerima dos kedua.

lembah klang
Statistik pemberian vaksin bagi Ops Lonjakan Kapasiti Lembah Klang.

Sarawak pula mencatatkan kira-kira 81.7 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima dos pertama dan 57.3 peratus sudah menerima dos kedua, Lembah Klang (80.6 peratus dos pertama, 28.2 peratus dos kedua); Negeri Sembilan (65.6 peratus dos pertama, 25.5 peratus dos kedua) dan Perlis (55.9 peratus dos pertama, 38.3 peratus dos kedua).

Baca juga:   KPM umum jadual baharu SPM 2021

Secara keseluruhan, sebanyak 17,839,476 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini, yang meliputi 12,131,329 dos pertama dan 5,708,147 dos kedua. – EDISI 9

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan