Saturday, July 25, 2026

COVID-19 Indonesia semakin buruk, 40,000 kes dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAKARTA – Situasi COVID-19 di Indonesia semakin buruk dengan lebih 40,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Memetik laporan Bernama, menurut data Badan Nasional untuk Pengurusan Bencana (BNPB) melalui Twitternya, hari ini, sejumlah 40,427 kes baharu dicatatkan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,567,630.

Sebanyak 891 kes kematian dilaporkan dari 12 tengahari Ahad, sehingga 12 tengahari Isnin dengan jumlah korban keseluruhannya seramai 67,355.

Bermula 3 Julai hingga 20 Julai, kerajaan Indonesia telah memperketatkan protokol kesihatan berkaitan COVID-19 dengan melaksanakan darurat di Pulau Jawa dan Bali.

Jika jumlah kes terus meningkat, Indonesia akan memperluaskan langkah pencegahan yang menyekat pergerakan dan kontak rapat. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan