27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

CAAM siasat helikopter didakwa ambil nasi ganja

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah memulakan siasatan ke atas helikopter yang dikatakan mendarat di Padang Majlis Bandaraya Ipoh semalam untuk mengambil nasi ganja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, helikopter Bell 505 yang dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu mendarat di lokasi berkenaan pada pukul 10 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati helikopter tersebut berlepas pada pukul 9.08 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke Ipoh dan kembali ke Subang pada pukul 11.02 pagi seperti yang difailkan dalam pelan penerbangan.

“CAAM telah menjalankan siasatan segera bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

“CAAM juga akan membuat semakan sama ada pengendali dan kru pengendali helikopter terlibat melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop yang diluluskan atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan mendapati helikopter berkenaan hanya diberi kebenaran untuk mendarat di LTSAAS.

Beliau berkata, helikopter berkenaan yang mengambil tempahan nasi ganja dan mendarat di Padang Ipoh tidak diberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Chester menambah, semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan seperti tertakluk dalam CA2, Bahagian 3.1 Protection of Persons and Property, serta peraturan lain berkaitan.

“CAAM akan terus memastikan semua pengendali pesawat mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan yang telah ditetapkan demi keselamatan industri dan orang awam,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan