25 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 20, 2021

UMNO tak minta MAGERAN, hanya tuntut 5 perkara untuk rakyat

Must Read

CYBERJAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tidak pernah dengar mana-mana parti utama menuntut Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan.

Justeru beliau pelik apabila Pejabat Perdana Menteri tampil buat perutusan bantahan terhadap cadangan menubuhkan MAGERAN untuk ganti Kerajaan. 

“Kalau di pihak UMNO, yang pasti kepimpinan setakat ini secara konsisten hanya tuntut lima perkara utama rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima tuntutan itu ialah;

  1. Darurat ditamatkan dan tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 ini kerana selama hampir 6 bulan ternyata tidak mengurangkan kes Covid kepada dua angka.
  2. Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk bantu rakyat termasuk arah bank tawar Moratorium tanpa caj/faedah tambahan.
  3. Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk kawal harga barang dan bantu rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0
  4. Manfaatkan Kuasa Darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada, untuk buat total lockdown secara total bukan separa masak.
  5. Buka Parlimen untuk pertahankan semangat dan prinsip demokrasi agar ada akauntabiliti terhadap segala keputusan kerajaan seperti perbelanjaan wang rakyat, penggunaan Kumpulan Wang Amanah, pengurusan Covid-19, proses imunisasi dan vaksinasi termasuk aspek perolehan dan kontrak-kontrak pembelian vaksin dan lain-lain.

Tegas Asyraf Wajdi, UMNO sebagai sebuah parti, walaupun sebahagian ahli-Ahli Parlimen berada dalam kerajaan sementara Perikatan Nasional, tidak pernah bersetuju bahkan tidak langsung dirujuk mengenai proklamasi Darurat, malah turut meragui alasan Darurat kerana hendak menangani Covid-19. 

Baca juga: MAGERAN bukan langkah sesuai, kerajaan ada mekanisme

“Sebab itulah, 5 tuntutan di atas secara konsisten diperjuangkan UMNO agar tempoh Darurat yang berkuat-kuasa dimanfaatkan sepenuhnya untuk Kerajaan menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk bantu rakyat. 

“UMNO tidak pernah menuntut MAGERAN ditubuhkan yang pastinya bertentangan dengan pendirian yang diputuskan setakat ini untuk Darurat ditamatkan atau tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021,’’ katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Dr. Marzuki Mohamad melalui sidang video menegaskan, mencapai herd immunity melalui vaksinasi adalah jalan keluar kita daripada pandemik Covid-19.

Tegas beliau, kerajaan pada hari ini telah pun mempunyai mekanisme yang bersesuaian untuk mengurus Darurat, iaitu satu bentuk Darurat Kesihatan, bukan Darurat Keselamatan. 

Oleh itu kata beliau, gesaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak seperti MAGERAN bukanlah satu langkah yang sesuai. 

“Ia adalah satu langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini,” katanya. – Edisi 9

Latest News

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

CYBERJAYA - Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh...

More Articles Like This