28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 27, 2021

Tindakan KPKT tidak masuk akal, sangat tak bermoral – Tok Mat

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – “Tidak masuk akal, sangat tidak bermoral.”

Itulah kritikan keras Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan sektor kredit komuniti (KK) atau pemberi pinjam wang (PPW) yang berdaftar dengan kementerian itu beroperasi dalam tempoh PKP 3.0.

Tegas Timbalan Presiden UMNO itu, tindakan tersebut sangat tidak masuk akal dan mempersoalkan adakah ini caranya KPKT meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan.

“Di mana munasabahnya mengalakkan rakyat untuk berhutang? Inikah namanya strategi pemulihan yang bertangggungjawab?,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Mohamad berkata, rakyat sangat memerlukan bantuan ekonomi yang sewajarnya dalam tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan.

“Menambah beban hutang bukan penyelesaian untuk keluar daripada desakan kewangan yang menghimpit. Menghumban rakyat yang terdesak ke lembah hutang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi sangat tidak bermoral,” tegasnya.

Beliau menegaskan, KPKT seharusnya menggunakan simpanan kerajaan tempatan untuk melakukan lebih banyak intervensi kebajikan kepada rakyat kerana kebanyakan mereka mempunyai simpanan yang besar.

“Tugas kerajaan tempatan mesti mengutamakan keperluan manusiawi pembayar cukainya dan bukan sekadar melakukan kerja-kerja perbandaran,” tegas beliau.

Baca juga:   Agong zahir ucapan tahniah kejayaan Pavit Coran

Mohamad berkata, begitu ramai rakyat yang terpaksa membuat pinjaman dengan ceti-ceti berlesen demi kelangsungan hidup serta perniagaan kecil mereka yang semakin malap.

“Mereka terhimpit dengan kadar faedah yang sangat tinggi. Tugas kerajaan adalah untuk mencari jalan keluar dari semua ini demi pemulihan semula ekonomi negara. Tetapi Menggalakkan rakyat berhutang dengan ceti, bukan jalannya!,” kata beliau. – Edisi 9

Baca juga:   Wajib patuh pendirian UMNO isu Ordinan Darurat

Terkini

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa...

Lagi Artikel Berkaitan