29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kejohanan Mobile Legends THQ tawar hadiah RM10,000

Mesti Baca

CYBERJAYA – THQ Esport Club akan menganjurkan Kejohanan Mobile Legends Bang Bang THQ Stay At Home dengan hadiah terkumpul bernilai RM10,000.

Menariknya, tiada yuran dikenakan untuk menyertai kejohanan bagi menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Pengasas dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata, kejohanan itu merupakan tanda sokongan THQ Esports Club terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan PKP.

“Dengan penganjuran kejohanan secara dalam talian selama dua hari, diharap dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang THQ Stay At Home turut dijayakan bersama oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja utama.

Advertisements

Lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun.

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang THQ Stay At Home telah merima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 256 pasukan dan jumlah peserta yang melangkaui 1,500 orang.

Penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari dibuka.

Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, mereka boleh mengikuti kejohanan ini secara maya di laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club.

Objektif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan