25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Azizan Osman kini antara pemegang saham utama MPay

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman kini merupakan salah seorang pemegang saham utama bagi ManagePay Systems Berhad (MPay) selepas beliau memperoleh 5.762 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

Merujuk kepada pengumuman yang dikeluarkan Bursa Malaysia sebentar tadi, Azizan kini mempunyai pegangan langsung berjumlah 44 juta unit saham dalam MPay.

Malah, syarikat berkenaan turut memaklumkan bahawa Macquarie Bank dari Australia telah menghantar Notis Langganan dan Jumlah Pembayaran bagi 10 juta unit saham pada harga RM0.214 sen seunit semalam.

MPay telah memperuntukan dan mengeluarkan penempatan saham bagi Macquarie Bank hari ini dan dijangka akan disenarai pada 22 Jun ini.

Azizan merupakan seorang mentor usahawan yang mana hasil bimbingan dan latihan dijalankan bersama sekitar 700 usahawan pelbagai industri pada tahun lalu berjaya mencatatkan peningkatan jualan luar biasa kepada RM2.2 bilion berbanding sekitar RM900 juta pada 2019.

Baca juga:   Semua sekolah, Kolej Vokasional ditutup esok

Dalam pada itu, MPay merupakan penyedia solusi bagi pembayaran elektronik ‘end-to-end’ (e-pembayaran) bagi bank-bank dan institusi kewangan, peruncit dan pemegang kad yang beroperasi di negara ini.

Syarikat tersebut telah berada dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran melebihi RM120 juta.

Pada Julai tahun lalu, MPay dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memberitahu bahawa anak syarikatnya, ManagePay Services Sdn Bhd telah mengadakan usaha sama dengan syarikat khusus untuk menubuhkan sebuah syarikat yang akan menjadi bank digital dengan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

Baca juga:   Semua sekolah, Kolej Vokasional ditutup esok

MPay bekerjasama dengan Passion Venture Capital Pte Ltd (PVC) yang berpangkalan di Singapura untuk memohon lesen dan mengendalikan perbankan digital di Malaysia.

Di bawah syarikat usaha sama itu, MPay akan memiliki 51 peratus kepentingan sementara baki 49 peratus dipegang oleh PVC. – EDISI 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan