30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

18,702 guru diambil atasi masalah kurang tenaga pengajar

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Masalah kekurangan guru di seluruh negara dapat diatasi melalui pengambilan khas seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 secara serentak.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media secara maya, hari ini.

Antara negeri-negeri yang didapati berdepan masalah kekurangan guru adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Radzi memberitahu, iklan pengambilan guru baharu akan disiarkan pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat bakal dimulakan pada Oktober.

Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah perancangan Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Tambah Radzi, antara cabaran yang dihadapi kementeriannya adalah kekurangan calon guru lepasan institut pendidikan guru (IPG) dan ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

“Kementerian Pendidikan memerlukan untuk mata pelajaran tertentu tetapi bekalan tidak banyak.

Baca juga:   TV Pendidikan sudah diwujudkan semula, akan terus diperkasakan - Dr Radzi

“Wujud keadaan apabila agak sukar untuk Kementerian Pendidikan mengambil guru baharu bagi memenuhi kekosongan yang ada,” jelasnya.

Beliau berkata, antara mata pelajaran yang dikesan mengalami masalah berkenaan adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat sekolah rendah.

Di peringkat sekolah rendah pula, Radzi memberitahu, masalah serupa dapat dilihat berlaku dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Baca juga:   Perbalahan semasa situasi pandemik hanya merugikan

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat akhir penubuhan jawatankuasa bebas bagi menangani amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka ‘uzur syarie’.

Radzi menyatakan, jawatankuasa tersebut juga akan meneliti tatacara menangani aduan yang diterima oleh pihaknya.

“Jawatankuasa ini akan mengesyorkan aspek perlu dilakukan bagi penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada.

“Sebarang aduan yang diterima akan disiasat berdasarkan mekanisme sedia ada,” katanya bagi mengulas tentang isu yang didakwa berlaku di beberapa sekolah seperti dilaporkan sebuah portal baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini, insiden serupa tidak dikesan berlaku di mana-mana sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan. – EDISI 9

Baca juga:   Garis panduan baharu, penambahbaikan permohonan pertukaran

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan