30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tiada lagi tawaran vaksin AstraZeneca secara sukarela – Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Khairy Jamaluddin.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.

“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Selain itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau juga memohon maaf berhubung kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari semalam.

“Pengalaman pengguna atau ‘user experience‘ yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Yes, it could have been much much better executed,” katanya lagi.

Advertisements

Pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca telah dibuka semalam untuk penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas di lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), slot telah habis ditempah dalam masa lebih kurang satu jam selepas dibuka.

Sebanyak 1,261,000 dos telah ditawarkan, di mana 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif ini mula dibuka daripada 23 Mei sehingga hari ini.

Seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin AstraZeneca pusiangan pertama sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran kali ini.

Untuk rekod, sebanyak 956,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dipenuhi.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan