27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Semakin hampir 8,000 kes jangkitan baharu COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan positif baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 7,857 kes hari ini.

Kes jangkitan positif baharu COVID-19 mula melepasi angka 7,000 iaitu sebanyak 7,289 kes kelmarin dan 7,478 kes semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook miliknya hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 541,224 kes.

Selangor merupakan negeri yang mempunyai kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,675 kes diikuti Sarawak (772 kes), Kelantan (754 kes), Kuala Lumpur (561 kes), Johor (549 kes), Kedah (441 kes), Pulau Pinang (365 kes) dan Negeri Sembilan (353 kes).

Advertisements

Terengganu pula mencatatkan sebanyak 282 kes baharu diikuti Pahang (238 kes), Melaka (234 kes), Perak (228 kes), Sabah (217 kes), Labuan (170 kes), Putrajaya (12 kes) dan Perlis (6 kes).

Selangor juga mempunyai jumlah kes kumulatif tertinggi iaitu sebanyak 177,450 kes diikuti Sabah (61,274 kes), Johor (56,231 kes), Kuala Lumpur (56,032 kes), Sarawak (44,738 kes), Pulau Pinang (27,284 kes), Kelantan (24,723 kes) dan Negeri Sembilan (24,166 kes).

Perak mencatatkan 19,490 kes terkumpul diikuti Kedah (17,011 kes), Melaka (10,812 kes), Pahang (8,649 kes), Terengganu (7,957 kes), Labuan (3,164 kes), Putrajaya (1,778 kes) dan Perlis (465 kes).

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan