24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rentas daerah, negeri ketika Aidilfitri punca kes meningkat

Mesti Baca


CYBERJAYA – Pergerakan rentas daerah dan negeri ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah punca utama lonjakan kes Covid-19 melebihi 6,000 jangkitan harian ketika ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr. Adham Baba berkata, punca utama peningkatan kes pada minggu lalu disebabkan aktiviti dan pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, pada minggu ke-19.

Beliau berkata, sehingga semalam 40 kluster keagamaan dikenal pasti, termasuk 19 kluster di Johor, 13 di Selangor dan lapan kluster di negeri lain, antaranya Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ketika ini, kes kluster keagamaan direkod berdasarkan kes jangkitan yang berlaku sepanjang Ramadan dan Hari Raya. Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai.

”Jika kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung Covid-19,” katanya pada sidang akhbar Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini seperti dipetik Free Malaysia Today.

Dr. Adham turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kematian Covid-19 yang mencecah 333 kes sepanjang minggu lalu atau purata 48 kematian setiap hari, iaitu peningkatan 59.3% berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata, secara purata, jumlah kes pada minggu lalu adalah 5,541 kes sehari, iaitu peningkatan sebanyak 32% berbanding minggu sebelumnya.

Advertisements

“Untuk kes aktif, kita merekodkan 47,600 kes aktif secara purata setiap hari pada minggu lalu, iaitu peningkatan 19.9% berbanding minggu sebelum. Kita juga merekodkan 449,000 kes sudah pulih sepenuhnya, 88.9% kes sembuh.”

Dalam perkembangan lain, Adham menafikan wad pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengalami kesesakan berikutan kemasukan pesakit cedera akibat kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC malam tadi.

Katanya, wad menempatkan pesakit Covid-19 di HKL tidak terganggu kerana peralatan perubatan diagihkan mengikut keperluan kes dan rawatan.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai supaya bersedia untuk menghadapi keadaan paling buruk dengan peningkatan graf jangkitan kes COVID-19 yang tinggi di Malaysia ketika ini.

“Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan paling buruk.

”Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan