26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PUNB tawar skim baharu untuk individu diberhentikan kerja

Mesti Baca


CYBERJAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) untuk membantu individu bumiputera menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Tan Sri Noh Omar berkata SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan atau telah mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac 2020.

Beliau berkata pembiayaan itu boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan.

“Kadar keuntungan yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarkan kadar baki bulanan dan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan.

“Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata individu yang ditawarkan pembiayaan itu berpeluang untuk mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat serta pengurusan am.

Mereka juga berpeluang untuk menyewa premis perniagaan milik PUNB dengan kadar sewa yang kompetitif, katanya sambil menambah Ibra’ (rebat) sehingga 50 peratus daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik.

Permohonan SPUR boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini, menerusi pautan di laman portal www.punb.com.my dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan