30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Anggap rosakkan UMNO, Mahathir tak boleh maafkan Najib

Mesti Baca


CYBERJAYA – Kemarahan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata belum reda apabila beliau menegaskan tidak boleh memaafkan Ahli Parlimen Pekan itu kerana dianggap merosakkan UMNO.

Kata bekas Perdana Menteri itu kepada portal MalaysiaPost, “I cannot forgive him… saya tidak boleh maafkan dia kerana dialah yang merosakkan parti saya.”

Dr. Mahathir berkata, Najib merosakkan parti yang ditubuhkan oleh bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak dan perbuatan itu cukup tidak baik serta beliau tidak boleh memaafkannya.

“Kalau dia akur kepada bapanya dia tidak jadi macam ini. Bapa dia kenal baik dengan saya bahkan saya anggap peluang saya jadi Perdana Menteri pun kerana Tun Razak.

“Tun Razak yang pilih saya jadi menteri lepas itu dia buat recommend kepada Tun Hussein dengan itu saya jadi Perdana Menteri tetapi Najib bukan macam bapanya,” katanya dalam wawancara dengan portal tersebut.

Dr Mahathir berkata, perselisihan antara beliau dan Ahli Parlimen Pekan itu tiada faktor lain kecuali tindakannya merosakkan UMNO.

‘‘Tiada faktor lain… dia dengan saya baik dulu.. kami kawan dan saya biasa nasihat dia walaupun dia tidak terima, tetapi perbuatannya adalah suatu yang saya tidak boleh terima… saya tidak boleh terima,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum bersara pada 2003, UMNO masih kuat bahkan boleh menang dalam pilihan raya sehingga 90 peratus melebihi pencapaiannya.

“Tetapi ini (kejatuhan UMNO) berlaku kerana Najib… Najib bagi rosak daripada sebuah negara yang dikenali sebagai Asian Tiger kita sudah jadi satu kleptokrasi,” katanya lagi.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicalonkan Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu sukar mendapat majoriti.

Advertisements

“Saya berpendapat bahawa kalau undi, dia (Anwar) tidak boleh dapat majoriti dalam Dewan. Dia bukan orang yang akan ikut nasihat. Saya berpengalaman masa dua bulan saya pergi bercuti (pada 1997), saya angkat dia jadi acting prime minister dia tiada pengalaman untuk menangani masalah.

“Bila mata wang negara diserang dia minister of finance, saya lihat dia cuma nak ikut apa yang IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) suruh sahaja… saya kata kepada dia you ikut apa yang IMF suruh satu hari kita tiada duit nak bayar gaji pun. Sebab itu saya terpaksa ambil alih daripada dia.

“Dia ini nampak orang yang pandai berpidato dan dapat populariti, tetapi kebolehan saya khuatir,” katanya.

Berhubung Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka meyakinkan kerjasama kerana mahu mengajak beberapa pemimpin UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dr. Mahathir berkata, jika ia dapat direalisasikan, kerajaan PN akan jatuh dan usaha melantik Perdana Menteri baharu dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui Ahli Parlimen Gua Musang itu gagal menarik sokongan walau seorang pun pemimpin UMNO seperti diharapkan walaupun beliau mempunyai pengaruh.

“Tengku Razaliegh ini ada pengaruh dalam UMNO, kalau dia boleh tarik dua tiga orang keluar (sokongan) seperti dia… jatuh kerajaan tetapi dia tidak berjaya tarik. Tiada siapa pun nak tinggal jawatan lumayan ini.

“Kawan dia atau orang yang dekat dengan dia tiada seorang pun, jadi dia tinggal seorang sahaja.

“Jadi saya bersama dengan dia kerana dia kata boleh tarik sebahagian orang UMNO tetapi tiada orang UMNO nak keluar. Kalau keluar habislah duit kerana perjuangan mereka adalah duit,” dakwanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan