32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penyokong terus bakar semangat Harimau Malaya

Mesti Baca

TEWAS 1-4 dalam aksi pemanas badan menentang Kuwait malam tadi tidak mengecewakan para penyokong skuad Harimau Malaya di tanah air, sebaliknya mereka terus membakar semangat anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

Biarpun tidak menyaksikan sendiri aksi di 7he Sevens Stadium, Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) namun mereka dapat mengikuti perlawanan menerusi laporan masa nyata twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam perlawanan malam tadi, pemain naturalisasi, Guilherme de Paula yang kali pertama dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya menjaringkan gol tunggal negara pada minit ke-27.

Gol-gol Kuwait pula dijaringkan oleh Ahmad Aldhefeery (minit-21), Fahad Alhajeri (55′), Shabaib Alkhaldi (61′) dan Fahad Al-Alabraim (68′).

Cheng Hoe membuat pertukaran 12 pemain termasuk ketiga-tiga penjaga gol bagi mencari keserasian pemain menghadapi baki perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sementara itu, para penyokong Harimau Malaya terus memberikan kata-kata semangat kepada pemain negara biarpun tewas dalam perlawanan malam tadi.

Berikut kata-kata para penyokong dan peminat yang disalur menerusi media sosial FAM:

Advertisements

“Tak apalah perlawanan latihan sahaja, memang tujuan perlawanan untuk menguji pemain sebab itu tukar sampai 12 pemain. Awal-awal masa kedua dah tukar sembilan pemain. Harap Tan Cheng Hoe cepat baiki kelemahan sebelum menentang UAE.” – Javier Asraf

“Perlawanan ini rasanya percubaan Cheng Hoe. Penjaga gol pun sampai tiga orang yang main, mungkin lawan Bahrain nanti nampaklah sikit gambaran Malaysia main nanti. Nasib baik tak kira mata FIFA, kalau tidak sia-sia betul. Tak apa cuba lagi perlawanan akan datang.” – Danial Aiman

Be positive. Masa macam ni ujian semua pemain. Kalau keputusan seri atau menang kira bonus. Kalau kalah ambil sebagai pengajaran untuk perlawanan sebenar. Stay positive.” – Desmond Boon Chel-Kit

“Walaupun sedikit kecewa dengan senarai pemilihan pemain kali ini, aku harap Cheng Hoe boleh nampak bayangan kesebelasan yang akan bermain untuk kelayakan nanti. Tiada alasan dah untuk kalah. Aku harap Cheng Hoe dapat buktikan permilihan kali ini bukan sekadar tangkap muat, Ayuh Harimau Malaya.” – Mohd Jefri Hisham

“Hampir dua tahun tak bersatu, hampir dua tahun tak ada perlawanan dengan mana-mana pasukan. Tak mengapa, perlawanan malam tadi ujian buat semua pemain kita untuk perbaiki lawan Bahrain. Mungkin ada peningkatan. Apa-apa pun Zulhilmi keluar juga taring dia. Ayuhhh Harimau Malaya! Ayuh kasi lipat Bahrain!” – Mohd Fizaime

Skuad negara akan berlepas ke Manama bagi perlawanan persahabatan kedua menentang Bahrain 28 Mei ini sebelum kembali ke Dubai untuk tiga perlawanan terakhir Kumpulan G iaitu bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan