34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Operasi pematuhan PKP dipertingkat, tindakan lebih tegas – KDN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan semua jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya meningkatkan operasi pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian itu berkata, selain menambah bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya (SJR), pemantauan juga akan dijalankan di seluruh negara termasuk di premis perniagaan dan industri.

“Pemantauan juga akan dilakukan di bangunan pejabat dan kawasan kediaman serta terminal dan stesen pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail serta melalui perkhidmatan e-hailing, menurut kementerian itu,” kata KDN dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Antara agensi penguatkuasaan di bawah KDN yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

KDN memantau rapat perkembangan penularan wabak COVID-19 dalam negara dan meminta semua pihak agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak yang boleh membawa maut itu.

Sejak PKP dilaksanakan dan sehingga kini, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terlibat dalam penugasan COVID-19, menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan