31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Covid-19: Malaysia catat kes kematian tertinggi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah kematian COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 39 orang manakala kes baharu COVID-19 juga terus meningkat kepada 4,765 kes berbanding 3,973 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian itu, sebanyak 37 kes melibatkan warganegara manakala dua lagi bukan warganegara sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,761 kes.

“Daripada 4,765 kes baharu itu, sebanyak 4,758 kes tempatan dan tujuh kes import menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 453,222.

“Kes sembuh adalah sebanyak 3,124 kes dengan sebanyak 469 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 244 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan rasmi mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lima warga asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

SERAMAI lima warga asing bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau...

Lagi Artikel Berkaitan