23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Calon Timbalan Ketua Polis Negara dikenal pasti – KPN

Mesti Baca


CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai nama berkenaan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk dipertimbangkan.

“SPP akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan saya.

“Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ini perlu disegerakan untuk membantu saya dalam menguruskan PDRM. Mesyuarat SPP akan berlangsung untuk menentukan siapa Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini hari ini.

Acryl Sani berkata pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara itu dijangka diumum selepas Aidilfitri.

Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang sebelum ini disandang Acryl Sani kosong berikutan pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei.

Baca juga:   Lelaki ancam, provok penguatkuasa MPKS dah kena cekup

Sebelum ini, antara nama yang disebut-sebut mengisi kekosongan jawatan itu berdasarkan kekananan ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Ramli Din; dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Hussain.

Sementara itu, mengulas mengenai pendedahan Abdul Hamid berhubung dakwaan campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman, Acryl Sani berkata kertas inkuiri (siasatan dalaman) polis berhubung kes itu telah dibuka.

Baca juga:   42 hari menanti kepulangan Farid, rupa-rupanya...

Beliau berkata sehingga kini, PDRM menerima enam laporan polis di seluruh negara berhubung kes berkenaan dan satu daripada laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Sekarang ini, PDRM dalam proses mengumpul keterangan dakwaan itu dan jika perlu kami akan panggil pihak terlibat,” katanya.

Acryl Sani berkata kebiasaanya kesalahan salah guna kuasa atau rasuah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun polis tetap akan menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, media melaporkan Abdul Hamid mendedahkan mengenai campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman untuk kepentingan politik.

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan