25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Wallahi, saya tidak terima wang untuk ‘sucikan DAP’ – Rafi

Mesti Baca

CYBERJAYA – NR Channel TV menafikan tuduhan beberapa pihak bahawa beliau menerima dana sebanyak RM40,000 untuk mengadakan program bual bicara bertujuan ‘menyucikan DAP’.

Pemiliknya, Rafi Awang Kechik berkata, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadap beliau dan stesen TV dalam talian tersebut.

Sehubungan itu beliau memberi tempoh seminggu kepada tiga individu iaitu Nabieh Rahmat, Ahmad Fansuri Mohd Nasir dan Mohamad Nazri Abdul Kadir untuk menarik balik tuduhan tersebut dan memadam semua artikel yang bertujuan memburukkan nama beliau.

“Wallahi, wabillahi, watallahhi. Saya selaku pemilik NR Channel TV tidak menerima tajaan seperti yang dimaksudkan dan tidak menerima mana-mana wang baik dari mana-mana pihak termasuklah dari JKom (Jabatan Komunikasi Komuniti).

“Sesungguhnya ini adalah fitnah terhadap diri saya dan stesen online ini. Jika saya ada menerima mana-mana dana maka laknatlah diri saya,” katanya menerusi Facebooknya semalam.

Sebelum ini tiga individu terbabit menerusi akaun Facebook masing-masing mendakwa sebuah saluran TV media sosial telah menerima wang sebanyak RM40,000 daripada penaja ‘jajaran baru’.

Advertisements
Tangkap layar promo temu bual dengan Anthony Loke oleh NR Channel TV baru-baru ini.

Dana tersebut bagi mengadakan program bual bicara dengan para pemimpin DAP menggunakan alasan sebagai demokrasi wacana ilmu.

Pada 6 April lepas, NR Channel TV menemu bual Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke untuk mengupas tajuk Realiti Politik Masa Kini – Benarkah DAP Anti-Melayu?

Saluran itu juga turun mengadakan temubual dengan beberapa lagi pemimpin DAP antaranya Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ketua Pemuda DAP, Howard Lee.

Rafi berkata, walaupun dakwaan tersebut tidak menyebut saluran TV berkenaan, namun hanya NR Channel TV satu-satunya yang memberi ruang kepada DAP, Amanah, PKR dan Pas.

“Walaupun tulisan itu tidak menyebut NR Channel TV secara terus, ketika ini hanya NR CHannel TV sahaja undang tokoh-tokoh DAP dalam program bual bicara.

“Akta 233 berkaitan dengan sumpah saya ini… saya dengan ini melantik Datuk Markiman Kobiran sebagai peguam utk menguruskan fitnah terhadap saya dan NR Channel TV,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan