PENDAKWAH terkenal berasal dari Riau, Indonesia, Ustaz Abdul Somad selamat melangsungkan pernikahan kali keduanya dengan seorang gadis berusia 19 tahun, semalam.
Abdul Somad, 44, yang turut terkenal di negara ini, dilaporkan memilih Fatimah Az Zahra Salim Barabud dari Jombang, Jawa Timur itu kerana gadis itu merupakan seorang hafizah.
Ini merupakan pernikahan kedua Abdul Somad selepas bercerai dengan isterinya sebelum ini, Mellya Juniarti pada 2019.
Hasil perkahwinan pertamanya itu pada 2012 itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah.
Menurut laporan Tribun Network, majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra pada 4.30 petang.
Majlis dianjur sederhana dihadiri pimpinan Pondok Modern Gontor dan Ketua-ketua Jabatan di jajaran Pondok Modern Gontor.
Turut hadir beberapa ahli keluarga daripada keluarga pihak pengantin perempuan.
Berita gembira itu turut dikongsi Abdul Somad menerusi intagramnya.
Tulisnya:
When the Prophet (ï·º) congratulated a man on his marriage, he said: May Allah bless for you, and may He bless on you, and combine both of you in good (works).
Dari Abu Hurairah ra, ketika Rasulullah-shallallahu ‘alaihi wa sallam- memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang menikah, beliau mengucapkan:
“Semoga Allah memberikan berkah kepadamu, semoga Allah memberkahimu dan Allah satukan kalian berdua dalam kebaikan”. (HR. Abu Daud). – Agensi