31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mulianya hati Azmin, lap lantai Masjidilharam ketika lawatan rasmi

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PENULIS hilang kata-kata apabila terpandang gambar sosok seorang lelaki dengan berjubah dan berkupiah putih sedang mengelap lantai Masjidilharam yang basah selepas Tanah Suci Mekah dilanda hujan lebat beberapa hari lepas.

Kalau bukan individu itu sendiri memuat naik gambarnya dalam akaun media sosialnya ketika dia sedang memegang pengelap lantai, sungguh tiada siapa menduga itulah Menteri Kanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menariknya, kehadiran Azmin ke Masjidilharam itu bukanlah biasa-biasa sebaliknya atas lawatan misi pelaburan ke Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Malah, Azmin turut menulis secara panjang lebar bagaimana beliau berpeluang menunaikan umrah dan bertarawih di Masjidilharam yang sudah tentu tidak semua orang berpeluang memperolehnya, apatah lagi ketika pandemik Covid-19.

“Saya memulakan misi pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan solat isya’ dan tarawih di Masjidilharam serta mengerjakan ibadah umrah,” ciapnya menerusi twitter dua hari lepas.

Malah, beliau bukan bersendirian tetapi turut disertai oleh isterinya, Datin Seri Shamsidar Tahrim dan para pegawai delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Namun, lawatan beliau ke Arab Saudi termasuk menunaikan umrah itu langsung tidak diberi perhatian oleh warganet sehinggalah beliau memuat naik gambarnya sedang mengelap lantai Masjidilharam kerana basah akibat hujan.

Gambar tersebut pantas mendapat reaksi askar-askar bawang yang rata-rata menganggap tindakan Azmin itu sekadar lakonan dan mencari perhatian.

“Datuk Seri, tak usah bersusah payah berlakon nak cuci lantai bagai… kat sana dah beribu pekerja pro yang dibayar (kerajaan) Saudi untuk jaga kebersihan di sana. Sembang betul,” tulis seorang netizen, Cordgoshen.

Seorang lagi, Diantukimin berkata: “Dari Gombak pergi Johor bersih masjid. Sampai Mekah bersih masjid. Nak sambut PM bersih masjid. Elok jadi siak je Min, tak usah jadi menteri.”

Advertisements

Adiknya, Ummi Hafilda pula menilai tindakan Azmin itu sekadar berlakon untuk mencari publisiti murah.

“Banyak lagi hal rakyat marhaen yg tidak terbela sehingga SOP Covid-19 pun caca-marba dengan dua kasta tak boleh diselaraskan. Sedangkan kamu menteri paling kanan bukan pencuci lantai, agak-agaklah.

“Pergi bersihkan kubur arwah mak tu lagi bagus. Lagi afdal, cukup-cukuplah berlakon berpuluh tahun,” katanya menerusi Facebook.

Hemm… mungkin niat Azmin ikhlas dan mulia, untuk menolong mengeringkan lantai Masjidilharam yang basah dik hujan apatah lagi dibulan puasa yang penuh berkat ini.

Malah laporan media menyebut kota Mekah dilandar banjir ekoran hujan lebat yang jarang-jarang berlaku.

Apapun, penulis percaya lawatan Azmin ke Arab Saudi dan UAE merupakan susulan kepada lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kedua-dua negara tersebut bulan lalu.

Justeru, amat diharapkan dengan kemuliaan hati Azmin itu, ramai pelabur dari negara Asia Barat berkenaan bersedia melabur ke negara kita, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara yang begitu terjejas akibat Covid-19 ini.

Semoga berjaya Min!

Lastik! – Bersangka baik sahaja…

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan