29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Pelajar universiti boleh balik kampung cuti raya Aidilfitri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali mereka yang tinggal di Sarawak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, kebenaran itu dikeluarkan dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

“Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

“Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan,” kata KPT dalam kenyataan media, hari ini.

KPT telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal.

Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing adalah pada 7 hingga 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus adalah pada 15 hingga 20 Mei 2021.

Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/ daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

Baca juga:   Bukan mengaku kalah umum endemik awal - Khairy

Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.

Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.

Baca juga:   Banyak nyawa jadi taruhan jika doktor kontrak mogok

Pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang telah disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my.

Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Semua pihak mestilah mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa sehingga arahan terkini berhubung perkara ini dimaklumkan. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan