28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tujuan utama vaksin Covid-19 untuk kurangkan gejala – Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Penyelaras Progran Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, tujuan utama program itu adalah untuk mengurangkan gejala teruk akibat wabak tersebut.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, jangkitan boleh lagi berlaku kepada mereka yang mengambil vaksin tersebut namun kadarnya jauh lebih rendah.

Menurut beliau, antara gejala teruk yang boleh dikurangkan ialah kadar kematian, kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU), mereka yang menggunakan alat bantuan pernafasan dan lain-lain.

“Tujuan utama vaksin Covid adalah untuk kurangkan gejala teruk Covid-19. Melindungi kita dari kematian, ICU, ventilator dll. Sekaligus mengurangkan beban kepada sistem kesihatan.

“Jangkitan boleh berlaku tapi kadar yang JAUH lebih rendah. Namun gejala tidak serius. Take the vaccine,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Khairy mengulas laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa seranai 40 kakitangan kementerian itu yang selesai mengambil dua dos suntikan vaksin dikesan dijangkiti Covid-19.

KKM dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih daripada dua minggu selepas dos kedua diambil manakala 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu.

Laporan KKM itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai yang mempersoalkan tujuan pengambilan vaksin tersebut.

Malah, jumlah kes harian juga kembali meningkat melebihi 2,000 kes walaupun pelaksanaan PICK sedang dijalankan di seluruh negara.

Sehingga 12 April lalu, jumlah penerimaan dos pertama dan kedua dilaporkan telah mencapai 1,018,937 orang berbanding.

Semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahukan kerajaan mengumumkan Indeks Prestasi (KPI) menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap wabak Covid-19, dan bukan hanya memberi tumpuan jumlah jangkitan harian.

“Selepas umum darurat, PKP 2.0, kita masih tidak merasa perubahan yang baik kepada jumlah kes Covid-19. Malah, Menteri umum pula akan ada gelombang keempat.

“Selepas PKP2.0, apakah prestasi kita? Apa yang Menteri Kesihatan sudah buat dan capai? Apa yang Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan laksanakan sampai berkesan?

“Apa yang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara dah berjaya siapkan?,” katanya menerusi Facebooknya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan