27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

PDRM siasat video baharu promosi judi online

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan usaha mengesan penularan rakaman video judi dalam talian baharu yang berselindung di sebalik iklan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap perkara itu.

“Kami sudah maklum mengenainya (kemunculan klip video) dan sedang mengesan mereka yang terbabit.

“Saya mengarahkan pegawai untuk mengesan jika ada lagi klip video lain yang serupa,” katanya seperti dilaporkan PN BBC Portal, hari ini.

Beliau diminta mengulas rakaman video bertajuk IBC003 Hari Raya Berkaya yang menonjolkan iklan perjudian dalam talian seperti rakaman video GDBet333 yang tular semalam.

Acryl Sani juga tidak menolak kemungkinan kemunculan rakaman video terbabit adalah trend terbaharu digunakan sindiket bagi mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang terlibat dalam apa juga video berkaitan promosi judi yang berselindung di sebalik konsep iklan raya supaya segera menyerah diri.

Baca juga:   Lelaki dakwa minum darah 4 orang Aceh diberkas polis

Sementara itu, belum pun reda isu penularan iklan hari raya mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian membabitkan pelakon beragama Islam, semalam, satu lagi klip video mengetengahkan konsep sama tular dalam media sosial, hari ini.

Kemunculan iklan dalam bentuk klip video berdurasi tiga minit 19 saat itu, bertajuk IBC 003 Hari Raya Berkaya dipercayai dikeluarkan sebuah syarikat judi dalam talian berkenaan mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatannya untuk meraih wang berganda.

Baca juga:   Asri Janggut saksi, bukan suspek - Ketua Polis Selangor

Hasil carian di laman berkenaan hari ini mendapati iklan asal terbabit dipercayai sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Walau bagaimanapun, terdapat bebeberapa individu memuat naik semula rakaman video berkenaan dalam laman sosial berkenaan menyebabkannya sehingga kini masih boleh ditonton.

Namun, tidak dapat dipastikan rakaman video terbaharu itu dihasilkan, disiarkan dan dipromosikan syarikat sama seperti iklan tular semalam.

Penularan dua rakaman video yang dipercayai disasarkan terhadap umat Islam itu telah mencetuskan kemarahan para netizen.

Mereka terutamanya yang beragama Islam kesal dengan sikap biadab penerbit video terbabit serta syarikat perjudian dalam talian yang tidak sensitif terhadap pengharaman berjudi dalam Islam.

Lebih dikesali, rakaman video terbabit disiarkan dalam bulan Ramadan yang merupakan bulan suci bagi umat Islam di seluruh dunia. – EDISI 9

Baca juga:   107 serbuan judi haram Euro 2020, 152 suspek dicekup

Wartawan

Terkini

91 sindiket dadah tumpas dari Jan hingga Mac

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 91 sindiket dadah dalam pelbagai serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan