25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Reezal kesal aktiviti sukan sekolah ikut kaum pelajar

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan perasaan kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang menetapkan syarat penyertaan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum mengikut kaum.

Beliau menegaskan, sukan sepatutnya bersifat tidak bersifat perkauman, melangkaui sempadan budaya dan menjadi ejen perpaduan.

Reezal Merican berkata, tindakan sekolah terbabit adalah tidak wajar dan terkebelakang.

“Tiada polisi atau pendekatan sebegini dalam Dasar Sukan. Kita mahu pendemokrasian sukan bermula di sekolah,” katanya melalui ciapan Twitter, hari ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu membalas ciapan Twitter seorang netizen, Sharwin Subra yang mempersoalkan tindakan sekolah terbabit.

Dia bertanya kepada Reezal dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin tentang keperluan menetapkan hanya pelajar dari kaum tertentu yang boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang dinyatakan.

Sharwin turut memuat naik gambar kenyataan berhubung pendaftaran kegiatan ko-kurikulum di sekolah berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, pihak sekolah menetapkan syarat penyertaan dalam bola sepak dan sepak takraw adalah untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola jaring untuk pelajar perempuan Melayu sahaja serta bola keranjang dan ping pong adalah untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.

Baca juga:   Henti sistem penggiliran pada masa sesuai - Radzi

“Bukankah Malaysia sebuah negara berbilang kaum? Kementerian Pendidikan sila ambil tindakan sewajarnya.

“Beri keutamaan kepada bakat dan bukannya kaum,” ciap Sharwin.

Baca juga:   Penyerang masjid Christchurch dipenjara seumur hidup

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam ciapan Twitter hari ini berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Reezal Merican berhubung isu yang dibangkitkan oleh Sharwin.

“Sejak 1974, ada program rasmi Kem Pendidikan ttg bola keranjang yang bertujuan menjadikannya sukan semua kaum.

“Kini ada lebih setengah juta pemain bola keranjang bukan-Cina,” jelasnya.

Bagi menjawab ciapan Saifuddin itu, Reezal Merican berkata, jangan sesekali menjadikan sukan sebagai satu lagi batu sempadan dalam kalangan rakyat.

“Mari kita jadikan sukan sebagai alat penyatuan dan perpaduan,” ujarnya.

Setakat ini, masih belum ada maklum balas atau kenyataan daripada Mohd Radzi atau Kementerian Pendidikan berhubung isu tersebut. – EDISI 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan