31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Najib terkejut kerajaan ‘senyap-senyap’ jual Exchange 106

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut selepas mendapati bangunan Exchange 106 sudah berpindah milik kepada sebuah koperasi.

Bangunan tertinggi di Asia Tenggara setakat ini yang dibangunkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika zaman Barisan Nasional dimiliki oleh kerajaan.

Bagaimanapun, bangunan di kawasan The Razak Exchange (TRX) tersebut dilaporkan telah dijual kepada Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) dengan nilai yang tidak didedahkan.

“Kenapa kerajaan jual Exchange 106, adakah ianya dijual melalui tender terbuka, berapa harga jualan dan jika ianya benar-benar telah dijual tidak pernah diumum kerajaan PN (Perikatan Nasional) pula.

“Dikatakan perjanjian penjualan awal ditanda tangan tahun lepas dan akan muktamad pada bulan Jun akan datang.

“Bangunan tertinggi negara milik kerajaan pun dijual secara senyap masa darurat ke?” soal bekas Perdana Menteri.

Memetik laporan FMT, Pengerusi KAPB, Ilyad Mohamed mengesahkan telah menandatangani perjanjian pembelian lebih setahun lalu dan akan berakhir Jun ini.

Baca juga:   Sila duduk di rumah, katil ICU sudah tidak mencukupi

Menurutnya, KAPB akan menguasai 51 peratus kepentingan ke atas bangunan tersebut yang sebelum ini dimilik oleh Kementerian Kewangan dan Mulia Group. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Cuti umum Aidilfitri di Indonesia bermula 19 April

PEMERINTAH Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April. Memetik...

Lagi Artikel Berkaitan