27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MBNJ lapor polis dakwa Mahathir hasut rakyat lawan kuasa raja

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa menghasut rakyat menentang kuasa raja-raja Melayu.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian petang ini.

Naib Presiden I MBNJ, Mohd Hafiz Jalalludin Abd Manap berkata, dua kenyataan Mahathir iaitu ketika menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pembatalan perintah darurat serta hantaran menerusi media sosial yang dibuat lima hari lalu.

Menurut beliau, ketika menghantar memorandum kepada Seri Paduka, Mahathir dalam kenyataan media menyebut: “beliau menyatakan dahulu orang tidak mahu derhaka kepada raja, sekarang orang ramai sudah mula marah kepada raja-raja.”

Manakala menerusi hantaran dalam Facebook bertajuk ‘Aku Sokong Darurat‘ yang mengandungi 22 isi tersebut, Mahathir seolah-olah menyindir kuasa raja-raja, perlembagaan dan undang-undang negara.

Advertisements

“Sebagai seorang yang dianggap ‘negarawan’ seharusnya beliau menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

“Bukannya berlagak menjadi hero tetapi hakikatnya secara halus menentang kuasa raja-raja Melayu dengan menghasut rakyat akan keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan perintah darurat sehingga bulan Ogos,” kata kenyataan itu.

Hafiz Jalalludin berkata, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kenyataa yang telah dikeluarkan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu.

“Sekiranya kenyataan tersebut benar mempunyai unsur hasutan kepada rakyat, Majlis Belia Negeri Johor berharap pihak PDRM mengambil tindakan kepada Tun Dr. Mahathir demi menjaga keharmonian negara dan menjunjung asas prinsip rukun negara ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan