29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Manchester United tarik diri Liga Super Eropah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

LONDON – Manchester United tidak akan menyertai Liga Super Eropah yang bakal menyaksikan 20 kelab terbaik di benua itu berentap.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira reaksi para penyokong, kerajaan United Kingdom (UK) dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

“Kami tetap komited bekerjasama dengan pihak lain dalam komuniti bola sepak untuk mencari penyelesaian mapan terhadap cabaran jangka panjang yang dihadapi sukan ini,” kata Manchester United dalam satu kenyataan.

Pengumuman berhubung Liga Super Eropah baru-baru ini mencetuskan bantahan meluas daripada penyokong, pemain, kelab bola sepak, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan kerajaan.

Kebanyakan kritikan terhadap liga tersebut tertumpu terhadap aspek elitisme dan kurang daya saing.

Bantahan keras terhadap pengumuman tersebut menyebabkan kesemua enam kelab Liga Perdana Inggeris yang dipilih menyertai liga berkenaan mengumumkan hasrat untuk menarik diri.

Selain Manchester United, lima lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang menarik diri adalah Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Tottenham Hotspur.

AC Milan turut mengumumkan kelab itu menarik diri daripada Liga Super Eropah semalam.

Kelab-kelab ternama Eropah yang masih kekal dalam senarai adalah Inter Milan, Juventus, Atletico Madrid, Barcelona dan Real Madrid.

Antara kelab-kelab lain yang menerima jemputan untuk menyertai Liga Super Eropah adalah Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain.

Penganjur liga berkenaan dilaporkan turut mempertimbangkan penyertaan dua kelab gergasi Scotland iaitu Celtic dan Rangers.

Walau bagaimanapun, penganjuran Liga Super Eropah menerima bantahan keras daripada badan bola sepak kebangsaan di England, Itali dan Sepanyol.

Mereka mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan bahawa segala kaedah yang ada, sama ada dari segi perundangan dan kesukanan, akan digunakan untuk menghalang penganjuran liga tersebut.

UEFA dan badan-badan bola sepak kebangsaan di tiga negara terbabit memberi amaran bahawa mana-mana kelab yang terlibat dengan liga berkenaan akan diharamkan daripada bertanding dalam liga domestik serta kejohanan Eropah dan antarabangsa.

Bantahan turut disuarakan oleh badan bola sepak kebangsaan di Jerman dan Perancis. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan