29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ismail Sabri pula minta Zahid segera lapor polis elak spekulasi

Mesti Baca


CYBERJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perlu segera membuat laporan polis berhubung dakwaan isu rakaman audio perbualan antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi mengelak sebarang spekulasi yang mungkin timbul daripada perkara berkenaan.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan, yang dilihat boleh memberi imej negatif kepada UMNO.

“Kalau percepat laporan polis ia akan memadam kesangsian (dalam kalangan ahli akar umbi) kerana sekarang ada ahli yang kata ya (ia berlaku), ada ahli yang kata tidak.

“Kalau dah keluar dapatan (tulen atau tidak audio), tiada lagi isu berkaitan audio (selepas ini),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bangkit 15 di Melaka, semalam seperti dilapor BERNAMA.

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, tersebar di sosial media.

Ditanya mengenai gesaan segelintir pihak dalam UMNO yang mahu Ahmad Zahid berundur daripada jawatan nombor satu parti berkenaan, Ismail Sabri berkata setiap ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan masing-masing.

“Setiap ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan masing-masing dan kita tak pernah halang ahli daripada bersuara. Dari dahulu lagi ahli bersuara. Apa pandangan mereka kita perlu dengar dan kita tak pernah tutup mulut sesiapa untuk bersuara,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador turut menasihatkan kedua-dua pemimpin tersebut untuk membuat laporan polis berhubung rakaman audio perbualan itu, sekiranya benar diri mereka difitnah.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima tujuh laporan daripada pelbagai pihak dan sehingga pagi Jumaat, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh dua pemimpin politik itu atau wakil mereka.

Katanya, analisis bagi menentukan ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang tular juga akan dilakukan sejurus pihak polis menerima laporan daripada salah seorang individu yang didakwa terlibat.

“Itu tindakan susulan yang mana apabila laporan dibuat oleh seseorang yang mengatakan difitnah itu, kita akan terus membuka kertas siasatan. Hanya selepas itu pihak polis akan proses dan menganalisis rakaman audio itu untuk menilai bukti atau apa sahaja yang diperlukan,” tambahnya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan