31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

COVID-19: CDC AS nasihat elak perjalanan ke Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Amerika Syarikat (AS) meletakkan Malaysia pada tahap 4 dalam senarai berjaga-jaga ekoran situasi kes COVID-19 yang tinggi di negara ini.

Maklumat tersebut dipaparkan dalam laman sesawang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Tahap 4 merupakan yang tertinggi dalam senarai berjaga-jaga COVID-19 yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan.

Berikutan perkembangan itu, CDC AS meminta rakyat negara itu mengelakkan perjalanan ke Malaysia.

“Disebabkan oleh situasi semasa di Malaysia, pengembara yang sudah melengkapkan vaksinasi mereka mungkin berisiko dijangkiti dan menyebarkan varian COVID-19 dan perlu mengelakkan perjalanan ke Malaysia.

“Sekiranya anda terpaksa melakukan perjalanan ke Malaysia, lengkapkan vaksinasi sebelum memulakan perjalanan.

“Semua pengembara mesti memakai pelitup muka, menjarakkan diri 6 kaki dari individu lain, mengelakkan tempat yang sesak dan mencuci tangan mereka,” kata CDC AS.

Selain Malaysia, negara-negara yang diletakkan pada tahap 4 termasuk India, Bahamas, Cameroon, Ivory Coast, Dijbouti, Mongolia, Papua New Guinea, Filipina, Azerbaijan, Bermuda, Albania, Andorra, Antigua dan Barbuda, Argentina, Armenia, Aruba, Austria, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belarus, Belgium, Bolivia serta Bosnia dan Herzegovina.

Advertisements

Turut berada dalam tahap 4 adalah United Kingdom, Switzerland, Republic Czech, Congo, Belanda, Emiriah Arab Bersatu, Sepanyol, Afrika Selatan, Somalia, Sudan Selatan, Serbia, Slovakia, Slovania, Russia, Romania, Qatar, Puerto Rico, Portugal, Poland dan Peru.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 381,813 jangkitan kes positif sejak COVID-19 mula melanda negara lebih setahun lalu.

Sebanyak 21,687 kes dilaporkan masih aktif dan semalam sahaja, sejumlah 2,340 kes jangkitan baharu dicatatkan.

Seramai 1,400 pesakit COVID-19 meninggal dunia setakat ini manakala secara keseluruhan, sebanyak 358,726 pesakit telah sembuh.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.15.

Kerajaan telah menguatkuasakan perintah Darurat mula 11 Januari lalu hingga 1 Ogos ini bagi mengawal penularan COVID-19.

Proses pemberian vaksin juga agak perlahan di mana hanya 748,444 orang telah disuntuk dos pertama vaksin setakat semalam.

Selain itu, hanya 462,335 orang telah melengkapkan dos kedua mereka. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan