23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Penjawat awam dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pemberian bantuan itu turut merangkumi kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MyStep.

Para pesara kerajaan pula akan menerima bayaran sebanyak RM250 setiap seorang.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” jelasnya.

Baca juga:   Ops Halangan Bersepadu: JPJ Pulau Pinang keluar 707 saman

Sementara itu, CUEPACS mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Baca juga:   PM bakal umum berita gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini

Presidennya, Adnan Mat berkata, lebih menggembirakan apabila pemberian itu meliputi kakitangan kontrak, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan.

GCR MBK Bantuan Khas Aidilfitri
ADNAN MAT

Menurut beliau, CUEPACS telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri dua minggu lalu bagi menyampaikan permintaan penjawat awam mengenai Bantuan Khas Kewangan itu.

“Alhamdulillah Perdana Menteri telah mengambil pertimbangan tersebut sekali gus menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.

“Pemberian tersebut adalah bukti penghargaan kepada usaha keras penjawat awam selama ini dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah kepada rakyat.

“CUEPACS berharap semua penjawat awam meneruskan momentum kecemerlangan dalam menjalankan tanggungjawab masing-massing bagi menjayakan agenda pemulihan ekonomi serta dasar prihatin rakyat.

“Dengan keperihatinan kerajaan ini penjawat awam harus kekal fokus kepada tugas dan sudah pasti kerajaan menuntut kepada produktiviti dan integriti.” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa yang sama, Adnan menambah, CUEPACS berharap semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam.

Beliau memberitahu, kerajaan merupakan majikan kepada penjawat awam dan tidak menjadi kesalahan untuk mereka meminta sesuatu bantuan daripada majikan sendiri.

“Dari sudut yang luas, pemberian bantuan khas kewangan ini secara tidak langsung turut memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang tersebut beredar ke pasaran.

Baca juga:   Mesti layan! 5 lagu raya paling menggamit nostalgia

“Bantuan kewangan tersebut sudah pasti akan dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan dan aia akan memanfaatkan peniaga-peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor-sektor ekonomi yang lain,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   2.2 peratus penjawat awam belum daftar untuk vaksin

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan