24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pak Lah sihat, ceria terima kunjungan Reezal Merican

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih sihat dan ceria seperti dahulu, kata Menteri Belia dan Sukan, Datik Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Kelima yang senang dipanggil Pak Lah itu sempat bergurau senda sambil mengimbau memori bersama.

“Ayahanda Tun Pak Lah sihat walafiat dan masih tetap seperti dulu. Ada sahaja gurau senda beliau tatkala kami mengimbau memori dan kenangan bersama.

“Semestinya juga perjalanan politik saya banyak dipandu dan dibentuk oleh beliau. Malah saya mewarisi satu legasi yang cukup besar yang telah dibina oleh beliau di Kepala Batas,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Reezal berkata, beliau sengaja berkongsi gambar teristimewa tersebut khusus untuk orang Kepala Batas yang merindui dan sering bertanya tentang keadaan Pak Lah.

Beliau yakin ramai kalangan rakan-rakan maya beliau serta rakyat Malaysia keseluruhannya turut merindui Pak Lah.

Advertisements

Dalam hantaran itu, Reezal turut berkongsi sekeping lagi gambar bersama isteri Pak Lah, Tun Jeanne Abdullah.

Menurut Reezal, lazimnya beliau menziarahi Pak Lah dua kali sebulan namun sejak beberapa bulan ini tidak berkesempatan berikutan situasi pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah. Rezeki Ramadan saya pada hari ini dapat berkunjung menziarahi Ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Kelima yang juga merupakan tok guru serta mentor saya yang sangat besar jasanya.

“Semestinya juga perjalanan politik saya banyak dipandu dan dibentuk oleh beliau. Malah saya mewarisi satu legasi yang cukup besar yang telah dibina oleh beliau di Kepala Batas,” katanya.

Abdullah, 82, yang juga Bapa Pembangunan Modal Insan itu menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 dan melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan