34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wan Saiful sifatkan kelompok mahu pecahkan PN sebagai ejen DAP, PH

Mesti Baca


CYBERJAYA – Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyifatkan, mereka yang mahu memecahkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘ejen DAP dan Pakatan Harapan (PH)’.

Dalam kenyataan melalui Facebook, beliau berkata DAP dan PH memang mahukan penjajaran baru yang melemahkan PN dan menegaskan, ejen itu mungkin datang dalam pelbagai bentuk.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Saya membaca dan menyokong seruan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar muafakat politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional diteruskan bukan sahaja sampai PRU15 tetapi sampai selepas PRU nanti.

Saya bersetuju dengan pandangan ini. Perpecahan undi Melayu akan menghasilkan ketidakstabilan politik yang tidak sudah, lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama. Kestabilan penting untuk pembinaan semula ekonomi negara.

Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan PH memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas.

Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah agen DAP dan PH. DAP dan PH memang mahukan Penjajaran yang melemahkan kita. Agen-agen mereka mungkin datang dalam pelbagai bentuk.

Saya juga amat menghargai pandangan Datuk Seri Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata “Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat.”

Pandangan beliau bersesuaian dengan akhlak berorganisasi dalam satu jamaah atau satu keluarga. Bila kita berada dalam sesuatu keluarga, maka janganlah sengaja timbulkan pandangan yang mengguris ahli keluarga.

Kita mesti sentiasa menjaga semangat kekeluargaan, bukan kerap kali berusaha meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi.

Dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kita fokus kepada kebajikan dan pembinaan ekonomi. Perkara yang mengusutkan suasana seharusnya simpanlah dulu.

Jangan jadi agen merosakkan kestabilan politik negara. Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak. Bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima enam orang saja. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan