31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda UMNO Terengganu berjaya sanitasi hampir 600 premis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pemuda UMNO Terengganu menerusi sukarelawan dan skuad sabilnya berjaya melaksanakan sanitasi kepada 598 premis di seluruh negeri itu, sekali gus mengatasi lain-lain negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki berkata, daripada jumlah itu sebanyak 131 premis telah disanitasi oleh Pemuda UMNO Bahagian Setiu, diikuti oleh Kuala Terengganu (109) dan Kemaman sebanyak 102 premis.

Beliau berkata, bahagian-bahagian lain ialah Dungun (58), Hulu Terengganu (56), Besut (54), Kuala Nerus (49) dan bahagian Marang sebanyak 39 premis.

“Premis-premis yang telah disanitasi ini termasuk di sekolah-sekolah rendah dan menengah, tadika, rumah-rumah ibadah Islam dan bukan Islam, kawasan-kawasan tumpuan masyarakat dan banyak lagi tempat untuk bersama-sama membendung wabak Covid19 di seluruh negeri Terengganu.

“Saya amat hargai segala pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga yang diberikan pada setiap hari tanpa mengira penat dan lelah untuk berbakti kepada masyarakat bagi bersama-sama memerangi wabak covid19 ini.

“Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha anda semua. Saya bangga dengan kalian!” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi terkilan dengan sikap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa negeri yang tidak membenarkan pihaknya melakukan kerja amal menyahkuman di sekolah.

Beliau berkata, alasan yang diberikan oleh PPD terbabit kerana tidak mahu pengaruh politik masuk ke sekolah-sekolah adalah tidak masuk akal.

Katanya, kehadiran Sukarelawan Pemuda UMNO dan Skuad Sabil adalah untuk membantu pihak sekolah memandangkan keresahan ibu bapa mengenai tahap kebersihan di sekolah-sekolah menjelang peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan