25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pemuda UMNO terkilan PPD halang lakukan sanitasi di sekolah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia terkilan dengan sikap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa negeri yang tidak membenarkan pihaknya melakukan kerja amal menyahkuman di sekolah.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan yang diberikan oleh PPD terbabit kerana tidak mahu pengaruh politik masuk ke sekolah-sekolah adalah tidak masuk akal.

Menurut beliau, kehadiran Sukarelawan Pemuda UMNO dan Skuad Sabil adalah untuk membantu pihak sekolah memandangkan keresahan ibu bapa mengenai tahap kebersihan di sekolah-sekolah menjelang peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi.

“Ingin saya tegaskan di sini, kehadiran kami hanya untuk membantu menyahkuman bagi mencegah wabak virus Covid-19.

“Kami tidakpun mengadakan sebarang perjumpaan atau program politik dengan pihak pelajar jika alasan kami ingin mempengaruhi mereka dengan ideologi politik.

“Lebih pelik, bukankah UMNO juga sebahagian daripada yang mendokong kerajaan PN (Perikatan Nasional) hari ini?

Advertisements
Tiada sebarang agenda politik dibawa sukarelawan UMNO semasa melakukan kerja amal menyah kuman di sekolah. – Foto FB Pemuda UMNO

“Atau apakah kami dianggap parti penumpang sahaja dalam Kerajaan hari kerana Menterinya merupakan Naib Presiden PPBM?” tegasnya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Asyraf berkata, menyedari keresahan dan kebimbangan ibu bapa itu, pihaknya telah menggerakkan dan menyelaras seluruh jentera 191 Pemuda UMNO Bahagian di seluruh negara untuk membuat sanitasi kuman secara percuma.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan pihak sekolah sendiri.

Tegas beliau, walaupun sikap segelintir pihak cuba menghalang dan mencetuskan kecurigaan terhadap kerja amal tersebut, namun perkara itu sedikitpun tidak menjejaskan semangat sukarelawan terbabit.

“… Pemuda-pemuda dan Sukarelawan Skuad Sabil untuk terus mencurahkan khidmat bakti terutamanya demi keselamatan pelajar-pelajar SPM/STPM yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan