23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Lawatan PM lonjak hubungan Riyadh-Kuala Lumpur

Mesti Baca


CYBERJAYA – Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al-Saud percaya lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara tetapi juga dunia Islam secara keseluruhan,” katanya kepada media Malaysia di Riyard, Arab Saudi seperti dilapor Bernama.

Beliau juga menyifatkan lawatan Muhyiddin itu akan memberi penuh bertenaga kepada hubungan tersebut.

Muhyiddin kini dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Sabtu lalu.

Putera Faisal berkata kedua-kedua negara mahu menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi yang akan membantu menginstitusikan kerjasama itu dan bukannya bergantung kepada kerjasama tertentu sahaja.

“Kami kini mempunyai proses institusi yang kukuh yang akan memberikan hasil untuk kedua-dua negara dan memastikan kita membuat tindakan susulan mengenai peluang ini,” katanya.

Baca juga:   Pelaksanaan PEMULIH perlu fokus kumpulan sasar - PAGISA

Kata beliau , terdapat banyak peluang antara kedua-dua negara, contohnya, dalam bidang pelaburan, suruhanjaya bersama, pendidikan dan pembangunan saintifik.

Menurutnya, mekanisme itu akan membantu mereka membuat susulan mengenai perjanjian dan perbincangan yang telah dipersetujui supaya dapat meneruskan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.

Mengenai memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai oleh kedua-kedua negara esok, Putera Faisal berkata ia termasuk Perkhidmatan Jalan Raya Makkah yang akan memudahkan jemaah haji dari Malaysia melawat negara itu dengan menyelesaikan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Baca juga:   RuralStar mudahkan kesalinghubungan komuniti terpencil - PM

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua negara itu dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobia.

“Dalam dunia hari ini, kami sangat tercabar dalam semua bentuk diskriminasi, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia telah menjadi pemimpin kerana menonjolkan sikap toleransi dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh membantu mengukuhkan mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami bersedia bekerjasama dengan semua orang dari pelbagai agama dan kepercayaan,” katanya.

Sementara itu ketibaan Perdana Menteri di Riyadh hari ini disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman Al-Saud. Turut sama Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – Edisi 9

Baca juga:   36,000 KIR di Selangor telah terima bantuan RM1,000

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan