25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SPRM nafi jadi ‘senjata politik’, minta MP Sekijang buat laporan

Mesti Baca


CYBERJAYA – Nampaknya kemelut politik negara ini semakin tidak tentu arah sehingga agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mahu diseret sama.

Semalam tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan bersama dengan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional menyalahgunakan agensi kerajaan Persekutuan untuk “menekan” ahli politik pembangkang bagi menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan dimaklumkan tentang siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap ahli-ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka.

“Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk ahli-ahli parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” dakwa PH.

Hari ini SPRM tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gabungan beberapa parti politik bahawa suruhanjaya itu dijadikan sebagai ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakannya.

“Ditegaskan bahawa SPRM merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.

“Tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.

Natrah Ismail, Ahli Parlimen Sekijang. – Sumber: Facebook

Sehubungan itu dalam kenyataan berasingan SPRM memohon agar Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan terhadap individiu menyogok Ahli Parlimen berkenaan seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini segera membuat kepada agensi itu, sekiranta perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah.

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melaporkan transaksi penyogokan dan SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut,” kata kenyataan SPRM melalui Twitter.

Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba pemimpin pembangkang membangkitkan dakwaan tersebut? Lagipun kalaulah mana-mana individu tidak melakukan apa-apa kesalahan apa nak takut?

Sepatutnya PH lebih matang politik dan bukannya membuat tuduhan yang boleh mewujudkan keraguan rakyat terhadap kredibiliti agensi-agensi yang dinyatakan.

Kalaupun mahu berpolitik atau mungkin sudah terdesak kerana sudah mengetahui semakin ramai ahli Parlimen mahu meninggalkan pakatan tersebut, usahalah menyeret agensi kerajaan dalam kancah perbalahan politik.

Biarlah agensi-agensi itu menjalankan tugas mereka secara profesional. Jangan takut kepada bayang-bayang. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan