23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Seramai 289 individu langgar SOP kena kompaun RM10,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 289 individu dikenakan kompaun maksimum RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dan 72 orang daripada mereka didapati terlibat dalam aktiviti pusat hiburan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan-kesalahan lain yang direkodkan adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (109), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55), rentas negeri/ daerah tanpa kebenaran (42), tidak memakai pelitup muka (41) dan lain-lain (18).

Menurut beliau, secara keseluruhan, seramai 337 individu ditahan polis dan daripada jumlah itu, 48 orang direman.

Pasukan Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,046 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP.

Sebanyak 3,260 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 14,768 anggota telah membuat pemantauan di 4,662 pasar raya, 6,120 restoran, 4,003 penjaja, 2,454 kilang, 3,234 bank dan 769 pejabat kerajaan.

Turut dipantau, sebanyak 3,311 terminal pengangkutan darat, 1,748 terminal pengangkutan air serta 571 terminal pengangkutan udara.

Baca juga:   38 premis langgar SOP diarah tutup semalam

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, seramai tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan manakala dua kenderaan darat dirampa dalam Op Benteng di seluruh negara semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 98 buah bot/ kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Gagal jelas peroleh wang RM3.14 juta, 10 individu didenda RM1,000

Sementara itu, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Lingkudai di Keningau, Sabah mulai esok hingga 28 Mac.

“Sehingga 12 Mac 2021, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 19 kes positif telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri menambah, PKPD di Kuarters Sri Jelutung di Mukim Bebar, Pekan, Pahang ditamatkan esok, lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan iaitu 19 Mac.

Menurut beliau, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 80 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak empat kes telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan kesemua keputusan sampel kedua untuk kontak rapat seramai 76 orang adalah negatif dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   KPM perkukuh dasar pengambilan ke SBP

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan