24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Perlis catat kes jangkitan baharu tertinggi semalam

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perlis mencatatkan sebanyak 29 kes jangkitan baharu COVID-19 semalam dan jumlah itu merupakan yang tertinggi sejak pandemik bermula.

Walau bagaimanapun, tiada kes baharu dilaporkan di Perlis hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Abdullah berkata, peningkatan kes yang mendadak itu disebabkan pengesanan aktif daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Persiaran Wawasan.

“Kluster ini telah diumumkan pada 7 Mac 2021 hasil saringan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di DTI tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Perlis

Menurut beliau, seramai 263 individu yang melibatkan 102 orang tahanan PATI dan 161 orang anggota Jabatan Imigresen telah disaring dengan 89 orang dikesan positif (33.8 peratus).

Dr Noor Hisham menambah, daripada jumlah itu, seramai 173 orang adalah negatif (65.8 peratus) dan seorang adalah tidak konklusif (0.4 peratus) dan akan disaring semula.

“Daripada jumlah keseluruhan 89 kes positif dalam kluster ini, 85 kes merupakan bukan warganegara dan empat kes adalah warganegara.

“Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah dan PKRC ILKKM untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Advertisements
kluster
kluster

Beliau memberitahu, punca jangkitan dalam kluster DTI Persiaran Wawasan berkemungkinan daripada tahanan PATI yang ditahan di DTI atau komuniti.

Dr Noor Hisham berkata, keadaan sel yang sempit dengan jumlah tahanan yang ramai menyebabkan penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan berlaku secara mendadak.

mati

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis adalah seperti berikut:

Kes-kes yang dikesan positif dirawat di Hospital Tuanku Fauziah dan PKRC ILKKM;

Membuat siasatan ke atas setiap kes yang dikesan dan seterusnya mengesan kontak rapat kes-kes tersebut. Arahan pengawasan dan pemantauan diberikan kepada semua kontak rapat bagi tujuan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19;

Kompleks Kementerian Dalam Negeri telah ditutup selama 10 hari di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi tujuan siasatan kluster dan aktiviti basmi kuman;

Pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta penekanan kepada penjarakan sosial dan pematuhan SOP;

Bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan Jabatan Imigresen akan memantau pematuhan SOP anggota mereka agar penularan kluster ini dapat dikekang dengan segera. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan