28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

PN warisi kebobrokan PH, gagal selesai isu tertunggak

Mesti Baca

PN PH

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat masih mewarisi kebobrokan Pakatan Harapan (PH) ekoran kegagalan menyelesaikan banyak isu tertunggak yang melibatkan kepentingan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Aysraf Wajdi Dusuki berkata, salah satu isu yang belum diselesaikan adalah tuntutan rakyat mendesak ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) menyiasat segala dakwaan salah laku dan penyelewengan dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut beliau, rakyat juga ingin tahu tentang status siasatan dan pendakwaan kes-kes pimpinan PH yang digugurkan atau ditarik balik termasuk kes banglo dan terowong Lim Guan Eng, kes ADUN-ADUN DAP dalam aktiviti pengganas LTTE, kes rogol melibatkan bekas ADUN DAP di Perak dan lain-lain

“Apakah kerajaan akan terus berdiam diri juga terhadap tuntutan penubuhan RCI menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’, yang jelas menggambarkan wujud pendakwaan terpilih; wujud campur tangan politik dalam badan pengadilan dan kehakiman; bahkan wujud penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim?

“Bagaimana pula dengan kes perhimpunan pro-komunis di sebuah kolej swasta Kajang? Atau kes penyeludupan abu mayat Chin Peng? Mahupun isu Buku Teks Sejarah yang dimanipulasi fakta mengagungkan komunis hingga mengecilkan peranan polis, tentera dan anggota keselamatan negara?

Baca juga:   Wang tunai RM162,077 ditemui di kediaman warga asing

“Semuanya ini umpama ‘Bangkai Gajah yang tak dapat ditutup hanya dengan nyiru’, baunya yang semerbak pasti terpalit juga ke badan kita. Kepincangan zaman PH tidak wajar didiamkan begitu sahaja, kelak kita akan dikaitkan bersama.

Baca juga:   Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran, "mak ayam" ditangkap

“Melainkan kita rela membenarkan tanggapan ramai betapa roh PH sudah mulai meresap masuk ke jasad Perikatan!” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta PN agar jangan berdalih lagi dan tidak menggunakan madah Penyatuan Ummah bagi mempertahankan kelemahan.

Asyraf Wajdi memberitahu, mereka juga jangan berselindung di sebalik slogan ‘No Anwar No DAP’ bagi menyembunyikan agenda peribadi mempertahankan kedudukan.

“Janganlah diulangi perangai PH lalu yang hanya pandai menabur janji tetapi semuanya ‘dicapatikan’,” jelasnya.

Beliau bertanya, jika benar dakwaan bahawa kerajaan PN kunci kepada perubahan, maka mengapakah polisi PH yang selama ini dilawan, masih lagi dikekalkan dan mengapakah penganiayaan politik yang dimulakan oleh PH dahulu masih lagi diteruskan.

“Di manakah keadilan apabila pemimpin UMNO yang kononnya terima peruntukan daripada sumber 1MDB didakwa, sedangkan pengkhianat yang terima peruntukan serupa tidak pula didakwa, malah terus menjadi suci apabila melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bahkan boleh diangkat pula menjadi menteri?

“Di manakah keadilan jika anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang mengaku mengetahui tentang ratusan juta wang 1MDB di dalam akaun mereka tidak pula didakwa, sedangkan pemimpin UMNO begitu pantas dihadap ke mahkamah pengadilan?

Baca juga:   Akta Antilompat Parti perlu disokong, diluluskan
Baca juga:   Akta Antilompat Parti perlu disokong, diluluskan

“Jadi siapa sebenarnya yang khianat? Siapa yang tidak jujur dalam muafakat? Sekiranya ikhlas, kenapa amalan pendakwaan terpilih warisan PH masih diteruskan?” soalnya. – EDISI 9

Terkini

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin...

Lagi Artikel Berkaitan