36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Menteri UMNO tak letak jawatan – Nazri anggap Zahid ‘kurang sifat kepemimpinan’

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ‘kurang sifat kepemimpinan’ apabila menteri dan timbalan menteri daripada parti itu memutuskan kekal berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang sebelum ini mencabar mereka meletakkan jawatan selepas UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu turut menegaskan, kepemimpinan Ahmad Zahid menyebabkan Umno dilihat sebagai lemah.

“Sudah terang-terang menteri (UMNO) dan timbalan menteri tak ingin letak jawatan dengan alasan mereka akan berbuat demikian jika diarahkan parti,” kata beliau seperti dilapor Free Malaysia Today.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin lalu, beliau menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet, ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Menurut Muhyiddin tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi Covid-19 melaksanakan programi imuninasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

‘’Justeru saya tidak mahu peletakan jawatan mereka daripada Kabimet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,’’ kata Perdana Menteri.

Mengulas lanjut Nazri mempertikaikan bahawa ahli UMNO dan akar umbi jelas bahawa resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO itu adalah keputusan parti.

“Sudah jelas mereka sepatutnya letak jawatan tetapi presiden tidak ada kepemimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian. Adakah beliau bimbang mereka tidak mahu ikut arahan beliau?” soal beliau.

Nazri berkata, beliau tidak menjangka Ahmad Zahid akan mengarahkan menteri-menteri berkenaan untuk letak jawatan dalam Jemaah Menteri.

‘’Ini menampakkan UMNO sebagai “harimau kertas” selepas “mengaum” di PAU2020,’’ tegasnya.

Sehubungan itu beliau berkata, Ahmad Zahid perlu faham prinsip akauntabiliti moral dan “buat perkara yang betul”.

“Beliau mungkin dipilih melalui demokrasi, tetapi ada juga akauntabiliti moral. Sekiranya kamu didakwa di mahkamah, kamu mesti melakukan apa yang terbaik bagi parti,” kata beliau.

Mengenai menteri-menteri tersebut, Nazri mempertahankan pendirian beliau menyifatkan mereka sebagai “pengecut” kerana tidak meletak jawatan.

Beliau menuduh mereka mendapatkan “talian hayat” daripada Perdana Menteri untuk kekal dalam Jemaah Menteri, sedangkan dalam keadaan darurat, Jemaah Menteri tidak diperlukan untuk mentadbir negara.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan